Friday, February 17, 2012

8 Tip Untuk Bermujahadah

1.  Sentiasa menghidupkan niat berjihad fisabillah dan sentiasa mengekalkan ihsan dalam amal.

2.  Bersolat dan melakukan ibadah dengan khusyuk.

3.  Sentiasa merebut peluang hadir ke masjid sebelum azan untuk solat berjemaah dengan niat I’tikaf sekadar yang mampu.

4.  Sentiasa mengalunkan zikir-zikir ayat- ayat Al-Quran, zikir-zikir lain dan doa dalam semua keadaan.

5.  Menghidupkan sifat zuhud dalam diri terhadap dunia dan sabar dengan ujian perkara mungkar. 

6.   Bermuhasabah setiap hari disamping mengekalkan solat taubat.

7.  Tidak berlebih-lebihan dalam usaha merebut kemewahan hidup.

8.  Berusaha keras dan bersungguh-sungguh membentuk diri mentaati perintah Allah SWT. 

6 Pesanan Al-Imam Hassan Al-Banna

1.  Sentiasa berusaha membaca Al-Quran dan cuba mengkhatamnya selewat-lewatnya 1 juzuk sekali atau paling cepat 3 hari sekali.

2.  Baiki bacaan Al-Quran dan sentiasa mendengarnya.  Disamping itu, hendaklah sentiasa mengkaji sirah Rasullullah SAW dan sejarah para salaf bersesuaian dengan ruang yang ada.

3.  Berusaha dengan lebih gigih membaca hadis Nabi SAW serta menghafal 40 susunan Imam Al-Nawawi.  Tidak ketinggalan juga untuk mempelajari asas-asas akidah dan cabang-cabang Ilmu Feqh.

4.  Hendaklah sentiasa bermuraqabah dengan Allah SWT serta memperbanyak mengingati akhirat dan bersedia untuknya.  Disamping itu, bersemangat tinggi mencapai keperibadian dan akhlak untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

5.  Memperbanyak amalan sunat seperti qiammulail, berpuasa sunat sekurang-kurangnya 3 hari sebulan, memperbanyak zikir qalbi dan zikir-zikir lisan serta doa-doa yang tertentu mengikut kesesuaian suasana.

6.  Hendaklah sentiasa bersedia dan mengekalkan niat untuk berjihad pada jalan Allah SWT berserta niat dan cita-cita untuk mati syahid.

Cara-cara Untuk mengikuti pesanan Al-Imam Hassan Al-Banna

1.  Memperbetulkan niat dengan sentiasa memperteguhkan keimanan.

2.  Sentiasa berusaha menyingkap rahsia-rahsia ibadah serta memperbanyak amal-amal sunat.

3.  Sentiasa mengingati mati, suasana  di dalam kubur, muhasabah harian di samping memperbanyakkan tasbih dan istighfar.

4.  Solat berjemaah di masjid dengan khusyuk terutama solat isyak dan kerana kelebihan yang dimiliki oleh ke dua-dua solat itu.

5.  Menjaga wirid Al-Mathurat dan Al-Quran, solat witir, dhuha, dan qiamulail.

6.  Menghulurkan sedekah.

7.  Menunaikan haji dan umrah.

8.  Sentiasa mengikuti program ibadah.

5 Keistimewaan Al- Quran

Al-Quran adalah sumber utama bagi umat Islam.  Al-Quran merupakan rujukan kepada ilmuan Islam kerana di dalamnya terdapat pelbagai ilmu yang merangkumi  Aqidah, fahaman, prinsip, ukuran, aspek ibadat, syiar akhlak, adab undang-undang dan syariat. 

Ia adalah cahaya yang menerangi dan memberi petunjuk kepada manusia sejagat.  Ia juga adalah ruh.  Ruh bersifat mengerak dan menghidupkan.  Bagi umat Islam adalah digalakkan memperelokkan bacaan Al-Quran dan menghafaz setakat mana yang mampu serta membacanya sekiranya ada peluang.

Keistimewaan Al-Quran:

1.  Kalam Allah SWT yang tidak berbaur dengan fahaman manusia yang menyeleweng.

2.  Mudah.  Allah SWT mempermudahkan pembacaannya, memahaminya, dan mengamalkannya.

3.  Mukjizat.  Allah SWT telah mencabar orang Arab untuk mencipta satu ayat seperti dalam Al-Quran namun mereka gagal.

4.  Kekal abadi.  Ianya tidak tertentu untuk satu generasi sahaja bahkan ia adalah kitab yang terakhir bagi seluruh umat manusia.

5.  Menyeluruh.  Al-Quran mengumpulkan asas petunjuk kepada setiap kehidupan manusia.

3 Ciri Akhlak Pendakwah

Pada waktu ini, kita boleh lihat sebilangan ahli agama menonjolkan diri sebagai pendakwah.  Tak kiralah sama ada melalui media massa seperti di televisyen, blog-blog atau apa pun, mereka ini cukup bijak dalam menyampaikan ilmu mereka.  Namun kita juga seringkali dikejutkan dengan berita ajaran-ajaran sesat yang berlaku di Negara kita.

Bertambah pelik apabila yang terlibat dengan ajaran sesat tersebut juga adalah terdiri golongan professional seperti pensyarah, pelajar, jurutera dan sebagainya.  Namun yang pasti tak ramai yang tahu ciri-ciri seorang pendakwah yang sebenar: 

1.  Benar

Benar terbahagi kepada 2 iaitu benar dari percakapan dan benar dalam perlakuan.  Dari segi percakapan, seorang pendakwah itu tidak berbohong.  Ilmu yang disampaikan itu sememangnya bersumberkan daripada Al- Quran dan Hadis.  Mereka tak menokok tambah sesuka hati tanpa merujuk kepada orang yang lebih pakar dalam sesuatu ilmu tersebut.  Pendakwah yang berkesan suka bercakap dengan sesuatu yang mudah difahami supaya ilmu yang disampaikan itu mudah meresap ke dalam jiwa orang yang mendengar.

Benar dalam perlakuan pula ialah pendakwah menjalankan usaha dakwah dengan rasa ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan pun.  Usaha dakwah yang dilakukan hanya semata-mata kerana Allah SWT.  Mereka bersih dari sifat riak atau pun mahukan pujian daripada manusia.

2.  Sabar

Sifar sabar adalah amat penting bagi seorang pendakwah.  Apabila berdakwah, kita memang teruji dengan pelbagai ujian, umpatan dan dugaan dahsyat.  Nabi SAW juga berdepan dengan ujian yang dahsyat  dalam melakukan usaha dakwah.  Sabar adalah pasangan kejayaan.  Masa adalah sebahagian proses rawatan.  Oleh itu, setiap pendakwah tak boleh terburu-buru mengharapkan kejayaan dalam usaha dakwah mereka.   Sebaliknya mereka dituntut untuk terus bergantung kepada Allah SWT dan berusaha tanpa jemu.

3.  Merendah Diri.

Amat pelik kalau seorang pendakwah memiliki sifat riak, bersikap kasar, dan bangga diri.  Seorang pendakwah hebat adalah seorang yang amat merendah diri dan lembut hatinya.  

6 Tip Memiliki Jasmani Kuat

1.  Cegah penyakit dengan segera

Apabila kita dapati diri kita tak sihat, kita tak harus membiarkan diri kita dalam keadaan macam tu saja.  Kita perlu cepat membuat pemeriksaan awal dengan mendapat rawatan di klinik dan hospital. Tak kisahlah sama ada diri kita atau ahli keluarga kita di hinggapi penyakit, kita perlu mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan supaya penyakit tak melarat dan bertambah buruk.

2.  Tak berlebih-lebihan dalam hal makan minum. 

Sebagai umat Islam, kita perlu menitikberatkan hal makan minum dalam kehidupan seharian.  Sekiranya kita mengabaikan aspek ini, dikhuatiri kita akan mudah mendapat penyakit kerana banyak penyakit adalah berpunca dari corak pemakan yang tak betul.  Kita digalakkan menjaga adab-adab makan minum dan mengamalkan puasa sunat kerana ia banyak manfaat kepada kesihatan kita. 

3.  Menjaga kebersihan.

Kebersihan amat penting dalam hidup kita.  Kebersihan yang dimaksudkan adalah merangkumi kebersihan tubuh badan, pakaian dan tempat tinggal.  Amalkan sunat-sunat yang difitrahkan iaitu-memotong kuku, bersugi dan lain-lain.

4.  Mengawal keinginan syahwat.

Manusia memang dianugerahkan keinginan syahwat tetapi terpulanglah kepada manusia sendiri untuk mengawalnya.  Ramai manusia gagal mengawal keinginan syahwat lalu terjebak ke dalam gejala-gejala yang tak sihat seperti seks bebas, kes pembuangan bayi dan sebagainnya.  Kita perlu mengawal anggota badan kita daripada melakukan maksiat.

5.  Jaga waktu tidur.

Menjaga waktu tidur adalah sangat dituntut supaya kita sentiasa sihat dan bertenaga.  Setiap manusia seperti bayi dan orang dewasa adalah berbeza dari keperluan waktu tidurnya.  Ada juga manusia yang cukup untuk tidur hanya 4 jam sahaja.  Contohnya, Angkasawan Negara kita iaitu Sheikh Muszhapar Shukor pun hanya tidur 4 jam sahaja.

6.  Sentiasa beriadah

Beriadah adalah satu aktiviti yang amat berfaedah.  Tak kisahlah sama ada bermain bola sepak, jogging dan bersenam yang aktiviti riadah yang kita amalkan itu boleh menyihatkan kita.  Amat malang bagi sesetengah daripada kita membiarkan hari-hari yang kita lalui berlalu begitu sahaja tanpa melalui aktiviti riadah yang berfaedah.  Yang penting aktiviti riadah yang dilakukan itu tidak membuatkan kita leka daripada melakukan amal ibadat yang diwajibkan.