Friday, February 17, 2012

3 Ciri Akhlak Pendakwah

Pada waktu ini, kita boleh lihat sebilangan ahli agama menonjolkan diri sebagai pendakwah.  Tak kiralah sama ada melalui media massa seperti di televisyen, blog-blog atau apa pun, mereka ini cukup bijak dalam menyampaikan ilmu mereka.  Namun kita juga seringkali dikejutkan dengan berita ajaran-ajaran sesat yang berlaku di Negara kita.

Bertambah pelik apabila yang terlibat dengan ajaran sesat tersebut juga adalah terdiri golongan professional seperti pensyarah, pelajar, jurutera dan sebagainya.  Namun yang pasti tak ramai yang tahu ciri-ciri seorang pendakwah yang sebenar: 

1.  Benar

Benar terbahagi kepada 2 iaitu benar dari percakapan dan benar dalam perlakuan.  Dari segi percakapan, seorang pendakwah itu tidak berbohong.  Ilmu yang disampaikan itu sememangnya bersumberkan daripada Al- Quran dan Hadis.  Mereka tak menokok tambah sesuka hati tanpa merujuk kepada orang yang lebih pakar dalam sesuatu ilmu tersebut.  Pendakwah yang berkesan suka bercakap dengan sesuatu yang mudah difahami supaya ilmu yang disampaikan itu mudah meresap ke dalam jiwa orang yang mendengar.

Benar dalam perlakuan pula ialah pendakwah menjalankan usaha dakwah dengan rasa ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan pun.  Usaha dakwah yang dilakukan hanya semata-mata kerana Allah SWT.  Mereka bersih dari sifat riak atau pun mahukan pujian daripada manusia.

2.  Sabar

Sifar sabar adalah amat penting bagi seorang pendakwah.  Apabila berdakwah, kita memang teruji dengan pelbagai ujian, umpatan dan dugaan dahsyat.  Nabi SAW juga berdepan dengan ujian yang dahsyat  dalam melakukan usaha dakwah.  Sabar adalah pasangan kejayaan.  Masa adalah sebahagian proses rawatan.  Oleh itu, setiap pendakwah tak boleh terburu-buru mengharapkan kejayaan dalam usaha dakwah mereka.   Sebaliknya mereka dituntut untuk terus bergantung kepada Allah SWT dan berusaha tanpa jemu.

3.  Merendah Diri.

Amat pelik kalau seorang pendakwah memiliki sifat riak, bersikap kasar, dan bangga diri.  Seorang pendakwah hebat adalah seorang yang amat merendah diri dan lembut hatinya.  

No comments:

Post a Comment