Monday, January 30, 2012

Pengkritik Lawan Orang Yang Dikritik

Pengkritik Yang Baik

1.   Guna ayat-ayat berhikmah
2.   Merendah diri
3.   Bercakap benar
4.   Menegur secara sendirian
5.   Selidik dahulu sebelum menegur
6.   Niat kerana Allah SWT dan sayangkan sahabat
7.   Jujur dan telus dari hati yang bersih

Orang Yang Dikritik

1.   Sabar dan berlapang dada apabila ditegur
2.   Syukur kerana Allah SWT kerana ada orang yang sudi menegur kita
3.   Berterima kasih kepada si pengkritik kerana memberitahu kelemahan kita
4.   Betulkan kesilapan sekiranya teguran yang dilakukan adalah salah dengan tenang
5.   Berusaha untuk berubah menjadi lebih baik

Kesan – kesan apabila tidak mahu dikritik

1.   Tak disukai ramai
2.   Susah untuk menjadi individu yang lebih baik
3.   Menjadi ego dan sombong
4.   Tak tahu kelemahan diri

Takut Dikritik

1.   Amat sukar sebenarnya apabila melalui pengalaman dikritik.   Apatah lagi kritikan itu berlaku apabila kita sudah melakukan suatu perkara itu dengan sehabis baik.  Lebih perit apabila kritikan itu adalah suatu yang benar dikala kita merasakan perbuatan kita adalah benar. 

2.   Tetapi ramai yang tak tahu bahawa orang yang cemerlang adalah orang yang bersyukur apabila dikritik dan ditegur.  Beliau sedar bahawa orang yang berani mengkritiknya adalah ‘seorang guru’ yang cuba untuk memperbetulkan dirinya.

3.   Orang cemerlang tahu bahawa apabila dikritik, segala kelemahannya perlu dibaiki.  Ini bermakna peluang beliau untuk menjadi individu cemerlang semakin cerah apabila segala kelemahan beliau berjaya dibaiki.

4.   Bagaimanapun tak ramai yang sanggup dikritik.  Apabila kita dikritik, adalah digalakkan supaya bersabar dan tabah melalui saat itu.  Kita juga tak harus memarahi si penegur sekiranya teguran mereka tidak benar.  Sebaliknya kita harus menerangkan kepada mereka dengan tenang supaya mereka faham situasi sebenar.  Manusia tak lepas dari buat silap.

5.   Suka saya nyatakan, ‘lebih baik sorang musuh memberitahu dengan jujur akan kelemahan diri daripada seorang kawan yang mendiamkan diri daripada bercakap benar.’  Tapi biarlah mengkritik dan kritikan dilakukan dengan kaedah yang betul.

Dididik Menjadi Orang Sederhana

1.   Manusia yang hebat tidak akan melakukan kerja dengan ala kadar atau sekadar cukup makan saja. Untuk menjadi insan hebat, ia perlu dimulakan sejak dari kecil lagi dan ibu bapa perlu memainkan peranan penting akan hal ini.

2.   Untuk melahirkan individu yang hebat, ia perlu dididik oleh ibu bapa yang hebat.  Ibu bapa perlu menyemai pada setiap anak-anak mereka untuk memasang impian hebat untuk faedah diri sendiri, agama, masyarakat dan Negara.

3.   Proses didikan berteraskan agama Islam adalah didikan yang terbaik supaya anak-anak mengenal Pencipta mereka, Pencipta alam ini kerana mengenali Pencipta mereka, mereka akan mengenal diri mereka sendiri.

4.   Kesan didik anak menjadi orang sederhana:

1.    Malu mengakui kehebatan diri sendiri
2.   Tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri.
3.   Lambat mengenal kebolehan diri sendiri.
4.   Anak tak mampu menerobos sempadan diri.
5.   Tak mahu bergaul dengan orang ramai.

6. Kemampuan  kanak-kanak pada umur 2 tahun adalah luar biasa.  Mereka mampu melakukan lebih apabila disuruh.  Buktinya:
       
        1. Apabila disuruh berjalan, mereka berlari.
        2.  Apabila disuruh bercakap, mereka bertempik.
        3.  Apabila disuruh senyum, mereka ketawa.
        4.  Apabila disuruh ambil pinggan, mereka ambil periuk.

Ingkar Perintah Tuhan

1.   Ingkar perintah Tuhan merupakan salah satu sebab penghalang kemajuan diri. 

2.   Kita boleh menganggap ingkar perintah Tuhan sebagai ‘pokok pangkal terbinanya sempadan yang menghalang kejayaan diri sama ada di dunia dan di akhirat.’

3.   Ianya bermakna menolak apa yang telah disyariatkan dengan membuat apa yang dilarang dan meninggalkan apa yang telah disuruh oleh Allah SWT.

4.   Orang yang ingkar perintah Tuhan adalah seperti ‘kacang lupakan kulit’ kerana Allah SWT yang menciptakan kita, memberi kita akal,memberi kita pelbagai nikmat dan kelebihan berbanding dengan makhluk-makhluk lain.

5.   Rahsia kecemerlangan sesebuah kaum telah diungkapkan oleh Allah SWT di dalam Surah Al-Imran: ayat 110 dan Surah Al-Imran: ayat 104 iaitu melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang-    Nya.

6.   Dosa-dosa besar:

1.   Syirik kepada Allah SWT.
2.   Berputus asa dengan rahmat Allah SWT/bunuh diri.
3.   Berasa aman dengan ancaman ancaman Allah SWT.
4.   Derhaka kepada orang tua.
5.   Berjudi
6.   Minum arak
7.   Berzina
8.   Meragui kebenaran ayat-ayat Al-Quran dan Hadis.
9.   Meninggalkan solat.
10.        Memutuskan tali persaudaraan.
11.        Sombong dan takbur.
12.        Membunuh.

7.   Dosa-dosa kecil:

1.    Mencuba merasa minuman keras.
2.   Bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah.
3.   Melihat aurat yang bukan mahram
4.   Melepak di kaki lima jalan
5.   Hisap rokok.
6.   Bersentuh kulit dengan yang bukan mahram.
7.   Melihat dan membaca bahan lucah.
8.   Melakukan onani.

8. Akibat ingkar perintah Tuhan:

        1. Dimurkai oleh Allah SWT.
        2.  Tidak diberi hidayah.
        3.  Hati dan jiwa tak tenang.
        4.  Dibenci oleh manusia dan penghuni langit.
        5.  Masuk neraka.
        6.  Tak mampu menerobos sempadan diri.
7.  Tidak memperoleh hasil yang memberangsangkan dalam sesuatu kerja.

8 Tip Terbaik Untuk Berubah

1. Semua orang di dunia ini inginkan kejayaan di dalam kehidupan.


2. Namun tak semua orang mahu melakukan perubahan untuk berjaya. Kita semua tahu bahawa meraih kejayaan hidup bukanlah semudah yang kita sangka. Terlalu banyak dugaan dan cabaran untuk ditempuh.


3. Tapi bagi orang berjaya, dia tidak takut dengan apa jua dugaan dan cabaran untuk berjaya. Sebaliknya dia akan sanggup berdepan dengan perkara tersebut, mengenal pasti setiap masalah yang timbul, dan berusaha mencari jalan penyelesaian.


4. Setiap perkara yang dilakukan akan diserahkan kepada Allah SWT yang menentukan kerana Dia lah yang menentukan segala-galanya.


5. Kadang-kadang Allah SWT beri kita ujian supaya kita menjadi kuat, sabar dan tabah. Tapi ramai di antara kita bersangka buruk dengan dugaan-dugaan tersebut kerana beranggapan Allah SWT tidak sayang pada kita.


6. Kita juga tak sedar bahawa Allah SWT menjanjikan nikmat yang berkali ganda kepada orang-orang yang sabar di dalam menempuh ujian hidup.


7. Tip untuk berubah:


1. Lihat kejayaan dan pencapaian yang diraih oleh orang-orang terdekat dengan kita seperti adik beradik, saudara mara dan kawan-kawan.


2. Fikirkan akibat kalau kita tak berubah.


3. Lihat dan fikirkan kejayaan orang yang lebih muda dari kita.


4. Cuba wujudkan keinginan untuk memiliki harta benda seperti rumah, kereta.


5. Berkeinginan untuk melancong ke luar Negara.


6. Muhasabah diri atas segala kesilapan yang pernah kita lakukan.


7. Usaha untuk menambah anak kerana anak adalah rezeki kurniaan Allah SWT.


8. Berdoa memohon pertolongan Allah SWT supaya dipermudahkan untuk berubah.