Monday, January 30, 2012

Takut Dikritik

1.   Amat sukar sebenarnya apabila melalui pengalaman dikritik.   Apatah lagi kritikan itu berlaku apabila kita sudah melakukan suatu perkara itu dengan sehabis baik.  Lebih perit apabila kritikan itu adalah suatu yang benar dikala kita merasakan perbuatan kita adalah benar. 

2.   Tetapi ramai yang tak tahu bahawa orang yang cemerlang adalah orang yang bersyukur apabila dikritik dan ditegur.  Beliau sedar bahawa orang yang berani mengkritiknya adalah ‘seorang guru’ yang cuba untuk memperbetulkan dirinya.

3.   Orang cemerlang tahu bahawa apabila dikritik, segala kelemahannya perlu dibaiki.  Ini bermakna peluang beliau untuk menjadi individu cemerlang semakin cerah apabila segala kelemahan beliau berjaya dibaiki.

4.   Bagaimanapun tak ramai yang sanggup dikritik.  Apabila kita dikritik, adalah digalakkan supaya bersabar dan tabah melalui saat itu.  Kita juga tak harus memarahi si penegur sekiranya teguran mereka tidak benar.  Sebaliknya kita harus menerangkan kepada mereka dengan tenang supaya mereka faham situasi sebenar.  Manusia tak lepas dari buat silap.

5.   Suka saya nyatakan, ‘lebih baik sorang musuh memberitahu dengan jujur akan kelemahan diri daripada seorang kawan yang mendiamkan diri daripada bercakap benar.’  Tapi biarlah mengkritik dan kritikan dilakukan dengan kaedah yang betul.

No comments:

Post a Comment