Monday, January 30, 2012

Dididik Menjadi Orang Sederhana

1.   Manusia yang hebat tidak akan melakukan kerja dengan ala kadar atau sekadar cukup makan saja. Untuk menjadi insan hebat, ia perlu dimulakan sejak dari kecil lagi dan ibu bapa perlu memainkan peranan penting akan hal ini.

2.   Untuk melahirkan individu yang hebat, ia perlu dididik oleh ibu bapa yang hebat.  Ibu bapa perlu menyemai pada setiap anak-anak mereka untuk memasang impian hebat untuk faedah diri sendiri, agama, masyarakat dan Negara.

3.   Proses didikan berteraskan agama Islam adalah didikan yang terbaik supaya anak-anak mengenal Pencipta mereka, Pencipta alam ini kerana mengenali Pencipta mereka, mereka akan mengenal diri mereka sendiri.

4.   Kesan didik anak menjadi orang sederhana:

1.    Malu mengakui kehebatan diri sendiri
2.   Tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri.
3.   Lambat mengenal kebolehan diri sendiri.
4.   Anak tak mampu menerobos sempadan diri.
5.   Tak mahu bergaul dengan orang ramai.

6. Kemampuan  kanak-kanak pada umur 2 tahun adalah luar biasa.  Mereka mampu melakukan lebih apabila disuruh.  Buktinya:
       
        1. Apabila disuruh berjalan, mereka berlari.
        2.  Apabila disuruh bercakap, mereka bertempik.
        3.  Apabila disuruh senyum, mereka ketawa.
        4.  Apabila disuruh ambil pinggan, mereka ambil periuk.

No comments:

Post a Comment